feat0

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)". [ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00 Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun!
[ Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

“Mata wang Amerika Syarikat kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia. Langkah menggunakan Dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dollar AS dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang”.
[ Tun Dr. Mahathir Mohamad ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Kapitalisme merupakan Sistem yang muncul dari aqidah sekularisme yang meletakkan kebebasan sebagai asas utamanya. Ia menyebabkan bertambahnya jurang antara yang kaya dan miskin. Kapitalisme dicipta bukan untuk mengatasi masalah kemiskinan bahkan ia berfungsi mempertingkatkannya!
[ Capitalism Economics ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

"Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Akhirnya, saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya."
[ Sirah Umar Abdul Aziz, ms 59 ] Read More

Sunday, January 16, 2011

Emas Sebagai Pelaburan Yang Menguntungkan

Kijang Emas BNM

Emas apabila dilihat dari sudut pelaburan merupakan satu komoditi yang amat menguntungkan. Mereka yang memiliki emas berupaya untuk menambah kekayaan disebabkan oleh kejatuhan nilai dalam matawang serantau. Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Emas sebagai contohnya telah berjumlah keseluruhan sebanyak 380% bagi tempoh 9 tahun bermula dari Julai 2001 hingga Julai 2010. Berdasarkan Statistik Harga Kijang Emas yang diambil dari laman Bank Negara Malaysia (sila klik di sini), Harga 1 unit Kijang Emas yang dikeluarkan pada 18hb Julai 2001 adalah bersamaan dengan RM1,082.00. Pada tarikh 16hb Julai 2010, 9 tahun kemudiannya, Harga 1 unit Kijang Emas telah berjumlah RM4,110.00.

RM4,110.00 / RM1,082.00 X 100 = 380%

Kijang Emas BNM

Ini bermakna, sekiranya anda telah membeli 6 unit Kijang Emas pada 18hb Julai 2001, jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM6,492.00 (RM1,082 X 6 unit). Pada tarikh 16hb Julai 2010, 6 unit Kijang Emas milik anda telah boleh dijual pada harga RM24,660.00 (RM4,110 X 6 unit). Anda dalam erti kata lainnya telah berupaya untuk menunaikan Fardhu Haji bersama isteri hanya dengan menyimpan 6 unit Kijang Emas untuk tempoh 9 tahun. Satu pelaburan yang cukup lumayan !!!

Dewasa ini pelbagai skim pelaburan telah diperkenalkan antaranya menternak lintah, cacing, keli, burung walit, ikan Arowana dan sebagainya. Meskipun menjanjikan keuntungan lumayan, pelaburan sebegini mendedahkan anda kepada risiko kematian dan kos penjagaan yang bukan sedikit. Anda juga perlu berusaha gigih sebelum dapat menikmati hasil yang dijanjikan. Melalui pelaburan emas, anda hanya perlu menyimpan sahaja emas berkenaan tanpa perlu berpenat lelah, mengeluarkan kos tambahan dan berhadapan dengan risiko kematian. Sekiranya anda ingin memaksimumkan keuntungan melalui pelaburan emas, anda juga boleh menjadi ejen dengan menjual dan membeli emas atau dalam erti kata lainnya menjadi “Taukey Emas”.

Emas Public Gold

Public Gold sebagai contohnya telah menyediakan peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk melabur melalui pegangan emas fizikal dalam bentuk Jongkong, Syiling dan Dinar. Peluang juga dibuka kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen dengan menjual dan membeli emas pelaburan berkenaan. Bersama Public Gold anda mampu menjana pendapatan lumayan melalui kaedah berikut:

1. Menyimpan Emas

Emas yang disimpan berupaya untuk mencapai pertambahan nilai berdasarkan penyusutan nilai matawang serantau berbanding emas. Penyusutan nilai matawang berlaku antaranya disebabkan oleh wujudnya penambahan di dalam kuantiti matawang hasil dari proses mencetak wang, inflasi harga barang, spekulasi di dalam pasaran matawang dunia dan sebagainya.

2. Menjual Emas Kepada Pelanggan

Sebagai Ejen Public Gold anda akan dibayar komisyen dari 1 - 2% daripada jumlah keseluruhan nilai emas yang dibeli. Dengan menjual emas yang telah dibeli pada nilai pasaran apabila berlaku kenaikan harga, anda mampu untuk mendapat keuntungan. Bagi mereka yang bukan dealer, penjualan emas hanya perlu dilakukan apabila anda benar-benar memerlukan wang. Ini kerana untuk membeli semula emas, anda tidak akan dapat membayar sebagaimana harga asal.

3. Membeli Emas Daripada Pelanggan

Anda juga berupaya mendapat keuntungan melalui proses membeli semula emas dari pelanggan Public Gold sedia ada. Bagi setiap unit emas Public Gold, Harga Belian semula adalah di bawah nilai 5% hingga 6% (Belian Diskaun) daripada nilai pasaran semasa, unit Public Gold. Dengan membeli pada harga rendah dan menjual semula pada harga pasaran apabila keadaan memerlukan, anda telah berupaya untuk menjana keuntungan.

Kaedah di atas merupakan kaedah asas bagaimana anda dapat menjana keuntungan melalui pelaburan emas. Selain daripada kaedah-kaedah di atas terdapat juga teknik-teknik tertentu yang boleh digunakan untuk mendapat keuntungan melalui pelaburan emas. Blog ini akan mengupas teknik-teknik rahsia yang digunakan oleh “Taukey Emas” untuk memaksimumkan keuntungan di pihak mereka. Sila ikuti penerangan tentang kaedah-kaedah ini yang akan disediakan dari semasa ke semasa.

Quran

Sehingga saat ini, anda telah pun mengetahui secara asas bagaimana untuk menjana pendapatan melalui pelaburan emas. Soalnya, kenapa berlaku kenaikan dalam nilai emas ?? Sudahkah kenaikan emas ini mencapai tahap tepu ?? Adakah anda telah terlewat untuk terlibat dalam pelaburan emas ?? Bagi menjawap persoalan ini, ada baiknya kita jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan. Al-Quran dan Sunnah telah mengiktiraf emas dan perak sebagai instrumen bernilai untuk dijadikan harta oleh manusia. Pengesahan ini telah pula direalisasikan melalui peredaran zaman dari dahulu hingga sekarang. Sebagai orang islam yang beriman, janji kejayaan daripada Allah sudah mencukupi untuk dijadikan hujjah dan panduan. Firman Allah Subhaanahu Wa Ta’aala di dalam Al-Quran, Surah An-Nur: Ayat 51:

“Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan kami taat” dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan”.