feat0

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)". [ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00 Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun!
[ Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

“Mata wang Amerika Syarikat kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia. Langkah menggunakan Dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dollar AS dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang”.
[ Tun Dr. Mahathir Mohamad ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Kapitalisme merupakan Sistem yang muncul dari aqidah sekularisme yang meletakkan kebebasan sebagai asas utamanya. Ia menyebabkan bertambahnya jurang antara yang kaya dan miskin. Kapitalisme dicipta bukan untuk mengatasi masalah kemiskinan bahkan ia berfungsi mempertingkatkannya!
[ Capitalism Economics ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

"Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Akhirnya, saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya."
[ Sirah Umar Abdul Aziz, ms 59 ] Read More

Dinar Emas


Pengenalan Kepada Sistem Dinar dan Dirham

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Emas dan perak merupakan komoditi yang paling stabil di dunia. Lindungilah kekayaan anda dengan menyimpan emas dan perak. Sejarah telah membuktikan bahawa melalui pengunaan Dinar dan Dirham, fenomena inflasi yang melanda masyarakat dunia pada hari ini dapat dielakkan. Sebagai contoh, harga ayam pada zaman Rasulullah SAW ialah satu dirham... hari ini, 1400 tahun kemudian... seekor ayam masih lagi berharga 1 dirham.

Apakah Itu Dinar dan Dirham?

Dinar Emas

Dinar merupakan syiling emas. Pada hari ini, ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi Dinar telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab semasa pemerintahannya. Dirham pula merupakan syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram. Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara Dinar dan Dirham seperti berikut. '7 Dinar mesti bersamaan 10 Dirham (dari segi beratnya)'.

Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi. Gambarnya seperti di bawah:

Dinar Parsi
Gambar: Dinar Parsi Yazdgard (399 - 420 AD)


 
Gambar: Wang perak Parsi Sasanian Yezdigird III

Dinar dan Dirham pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Dinar dan Dirham ini ditiru daripada Dirham Sasanian Yezdigird III. Perbezaan yang terdapat pada Dinar dan Dirham ini ialah terdapatnya inskripsi Arab ‘Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’ dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam. Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut: "7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)".

Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul Malik ibn Marwan (646AD - 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan. Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, Khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang pertama di dunia - dinar.

 
Gambar: Dinar emas Abd al-Malik ibn Marwan

 
Gambar: Dirham perak Abd al-Malik ibn Marwan


Walaupun Dinar dan Dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk Dinar dan Dirham lama yang digantikan, namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran. Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa Dinar dan Dirham inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati.

Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam. Dinar dan Dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya - praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15.

Inskripsi pada Dinar dan Dirham Abdul Malik menyebut: ‘Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad itu Pesuruh Allah’. Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambilalih Sistem Dinar dan Dirham sehinggalah sekarang. Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam, dan ianya pasti akan berakhir dengan kegagalan. Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat "Surat janji hutang" tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran.

sumber : website


Read more...