Di Negara Indonesia, penggunaan Dinar dan Dirham telah diaplikasikan dalam aktiviti perniagaan seharian di kebanyakan tempat. Hasil daripada penggunaan Dinar dan Dirham ini, masyarakat dapat menyelamatkan harta kekayaan mereka daripada dirampas oleh pihak² tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi. Hasil daripada penggunaan matawang kertas Indonesia sebelum ini, hasil kekayaan rakyat telah dirampas secara tidak adil.
Agama Islam telah menetapkan bahawa anugerah kekayaan merupakan milik Allah. Penggunaan Dinar dan Dirham adalah selari dengan aturan ini, dimana Dinar dan Dirham merupakan emas dan perak yang tidak dapat dicipta atau ditambah oleh tangan² manusia. Kuantitinya di atas muka bumi ini ditentukan oleh Allah berdasarkan kehendaknya tanpa ada campurtangan mana² pihak. Wang kertas yang dicipta manusia, boleh dilambak sesuka hati dan mereka yang menciptanya beroleh kekayaan yang bukan sedikit dengan hanya melambakkan matawang berkenaan di pasaran dan mengambil kekayaan masyarakat sebagai gantinya. Jelas sekali, mereka² yang mencipta matawang ini mempunyai matlamat untuk melawan aturan Allah.
Firman Allah S.W.T di dalam Surah Asy Syuura (42), ayat 27 :- Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di atas muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat.