Dinar Emas boleh digunakan untuk tujuan:
Menyimpan Kekayaan
Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar. Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas. Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai. Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda. Semasa peperangan Iraq sebagai contoh, askar Amerika yang menceroboh ke Negara Iraq tidak mengambil peduli kepada wang kertas negara berkenaan sebaliknya lebih berminat kepada emas yang ada di bumi berkenaan.
Dinar yang anda miliki tidak hanya bernilai di negara yang mengeluarkannya tetapi juga turut bernilai di negara-negara lain atas faktor ia diperbuat daripada emas yang merupakan pengiktirafan secara lahiriah setiap insan. Keadaan ini berbeza dengan wang kertas yang diiktiraf hanya di negara-negara tertentu atas faktor politik semata-mata. Emas telah diiktiraf sebagai simbol kekayaan sejak dari dahulu lagi. Sebagai contoh, Firaun di zaman Nabi Musa as telah menempa peralatan hariannya juga daripada emas. Di dalam Agama Islam, antara zakat yang diiktiraf sejak di zaman Rasulullah SAW merupakan zakat emas dan perak. Ini menunjukkan bahawa Agama Islam itu sendiri telah meletakkan emas dan perak sebagai simbol harta dan kekayaan. Keadaan ini telah dijelaskan oleh Allah SWT melalui firman-Nya di dalam Al-Quran, Surah Ali Imran ayat 75 :
"Di antara Ahli kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu, dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu dinar, tidak dikembalikannya kepadamu kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: "tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang "ummi" (orang Arab). Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui".
Dalam ayat di atas Allah SWT secara khusus telah memasukkan di dalam firman-Nya perkataan "Dinar" dan digunakan untuk rujukan kepada harta, yang mana ini menampakkan pengiktirafan mutlak dari Allah SWT, Tuhan yang mencipta segenap isi alam. Sebagai seorang hamba yang beriman adalah sesuatu yang tidak wajar bilamana masih wujud sedikit keraguan di hati, sedangkan Al-Quran sendiri telah menjelaskannya. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, Surah Al- Baqarah ayat 2 :
"Kitab ini (Al Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa".