feat0

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)". [ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00 Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun!
[ Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

“Mata wang Amerika Syarikat kini boleh dianggap sebagai tisu tandas kerana nilainya semakin menyusut dan tidak berharga berbanding emas yang diterima di semua negara dunia. Langkah menggunakan Dinar emas sebagai ganti mata wang utama seperti dollar AS dalam pelbagai transaksi juga boleh menghentikan perang mata wang”.
[ Tun Dr. Mahathir Mohamad ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

Kapitalisme merupakan Sistem yang muncul dari aqidah sekularisme yang meletakkan kebebasan sebagai asas utamanya. Ia menyebabkan bertambahnya jurang antara yang kaya dan miskin. Kapitalisme dicipta bukan untuk mengatasi masalah kemiskinan bahkan ia berfungsi mempertingkatkannya!
[ Capitalism Economics ] Read More
feat2

Kenapa Perlu Kepada Dinar ???...

"Saya pernah diutus Umar bin Abdul Aziz untuk memungut zakat ke Afrika. Setelah memungutnya, saya berniat untuk memberikannya kepada orang-orang miskin. Namun, saya tidak menjumpai seorang pun. Akhirnya, saya memutuskan untuk membeli hamba sahaya lalu memerdekakannya."
[ Sirah Umar Abdul Aziz, ms 59 ] Read More

Sunday, November 13, 2011

EBook Teknik Pelaburan Persada Emas

Harap maaf kerana sudah lama Persada Emas tidak post artikel di sini.. bukan kerana dah tak terlibat dengan emas.. jauh sekali.. malah lebih aktif.. cuma kekangan masa kerana turut terlibat dengan kerja jemaah.. amanah yang perlu diselesaikan.. Selain daripada itu.. Persada Emas juga sedang giat menyiapkan EBook tentang pelaburan emas.. Ebook yang cukup unik, lain dari yang lain..



EBook ini khas untuk mereka yang mahu melabur dalam Emas mengikut Teknik Persada Emas.. Melalui Teknik Persada Emas, kadar pulangan atas pelaburan dapat ditingkatkan.. Teknik ini telah dihasilkan selepas melakukan research yang mendalam dimana Persada Emas sendiri telah terjun secara langsung.. Hasil yang diperolehi sememangnya cukup memuaskan..

Pembeli Ebook Teknik Persada Emas.. akan turut memperolehi secara percuma Ebook Belajar Setup Laman Web Mini Perniagaan.. serta hak bagi memasarkan Ebook Teknik Persada Emas.. untuk memperolehi komisyen tambahan.. Melalui Ebook Belajar Setup Laman Web Mini Perniagaan pula.. Persada Emas akan mendedahkan satu teknik pembinaan Laman Web Mini Perniagaan secara percuma.. ilmu yang cukup bermanfaat.. malah belum diketahui umum..

EBook ini masih dalam proses pengemaskinian.. dan InsyaALLAH akan dilancarkan dalam masa terdekat.. harap setiap dealer di bawah rangkaian Persada Emas.. serta pengunjung setia blog Persada Emas.. dapat memberikan sokongan moral untuk projek Ebook ini.. ribuan terima kasih kepada semua..



Read more...

Wednesday, August 24, 2011

Hugo Chavez Arahkan EMAS Venezuela Dibawa Pulang

Seluruh masyarakat dunia telah melihat bagaimana berlaku kenaikan mendadak harga emas dalam bulan Ogos 2011. Dalam masa 22 hari sahaja, harga emas dunia telah meningkat hampir 18%. Ini menjadikan kenaikan harga emas bermula Januari 2011 hingga Ogos 2011 berjumlah keseluruhan menjangkau kepada 34.50%, satu peratusan kenaikan yang terlalu tinggi buat emas. Kenaikan ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh tindakan Presiden Venezuela, Hugo Chavez untuk membawa pulang, simpanan emas luar negara beliau yang bernilai USD11 billion.

Hugo Chavez dan simpanan Emas Venezuela


Tindakan Presiden Venezuela ini menunjukkan telah ada pemimpin dunia yang mulai sedar betapa sistem kewangan berasaskan "matawang fiat" semakin menuju kepada kehancuran. Emas lebih diyakini sebagai medium "penyimpan kekayaan". Tindakan Hugo Chavez ini sekiranya turut diikuti oleh pemimpin-pemimpin negara lain bakal menyaksikan proses kemusnahan "matawang fiat" berlaku dengan lebih pantas.




Read more...

Monday, August 22, 2011

Harga Emas Naik


Harga Emas naik lagi... Itulah ketetapan ALLAH... Walau sehebat mana pun perancangan manusia, pasti tidak dapat menandingi segala yang ditetapkan ALLAH. Kita semakin menuju kepada zaman sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw, iaitu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Sehubungan itu, kita perlu kembali "menyimpan" Dinar (emas) dan Dirham (perak). Bagi mereka yang yakin dengan perintah Rasulullah saw dan mula "menyimpan" emas dan perak, keyakinan mereka terhadap suruhan Rasullullah saw ini, meningkat hari demi hari selari dengan perkembangan semasa dunia.

Dunia semakin menuju kepada kemusnahan... Masyarakat barat yang dahulunya cukup berbangga dengan kedudukan ekonomi berasaskan "matawang fiat" mereka, telah terperangkap dalam tipu daya mereka sendiri. Hutang Negara Amerika Syarikat sebagai contohnya telah meningkat kepada USD14,641,438 juta dan sudah tidak dapat lagi dibendung, hinggakan setiap bayi yang dilahirkan di negara berkenaan telah pun dibebankan dengan hutang negara berjumlah USD46,919 (Rujuk http://www.usdebtclock.org/). Ekonomi berasaskan "wang fiat" ini juga meyumbang kepada berlakunya kenaikan harga barang sehingga menyebabkan wujudnya jurang perbezaan yang ketara di dalam struktur ekonomi masyarakat. Hari ini kita dapat lihat bagaimana berlakunya rusuhan di negara- negara maju yang kononnya kaya dengan peradaban, apabila masyarakat bangkit untuk menyatakan mereka ditindas dan sukar untuk meneruskan kehidupan.


Islam sememangnya menolak perlaksanaan "matawang fiat" dalam masyarakat, penerimaannya oleh masyarakat Islam secara keseluruhannya hanya disebabkan oleh kita "dipaksakan". Alhamdulillah... pada hari ini, telah ramai cendekiawan² Islam yang berani untuk menyatakan "kebenaran". Usaha dakwah ini perlu diperhebatkan dan mana² pihak yang tidak senang dengan situasi ini perlu mengambil sikap berlapang dada demi mengelak kepada belakunya perpecahan dalam masyarakat. Semoga usaha ini mendapat rahmat daripada ALLAH dan sistem ekonomi Islam dapat dimertabatkan.

Read more...