Seluruh masyarakat dunia telah melihat bagaimana berlaku kenaikan mendadak harga emas dalam bulan Ogos 2011. Dalam masa 22 hari sahaja, harga emas dunia telah meningkat hampir 18%. Ini menjadikan kenaikan harga emas bermula Januari 2011 hingga Ogos 2011 berjumlah keseluruhan menjangkau kepada 34.50%, satu peratusan kenaikan yang terlalu tinggi buat emas. Kenaikan ini sebenarnya berlaku disebabkan oleh tindakan Presiden Venezuela, Hugo Chavez untuk membawa pulang, simpanan emas luar negara beliau yang bernilai USD11 billion.
Hugo Chavez dan simpanan Emas Venezuela
Tindakan Presiden Venezuela ini menunjukkan telah ada pemimpin dunia yang mulai sedar betapa sistem kewangan berasaskan "matawang fiat" semakin menuju kepada kehancuran. Emas lebih diyakini sebagai medium "penyimpan kekayaan". Tindakan Hugo Chavez ini sekiranya turut diikuti oleh pemimpin-pemimpin negara lain bakal menyaksikan proses kemusnahan "matawang fiat" berlaku dengan lebih pantas.