Harga Emas naik lagi... Itulah ketetapan ALLAH... Walau sehebat mana pun perancangan manusia, pasti tidak dapat menandingi segala yang ditetapkan ALLAH. Kita semakin menuju kepada zaman sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw, iaitu zaman dimana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Sehubungan itu, kita perlu kembali "menyimpan" Dinar (emas) dan Dirham (perak). Bagi mereka yang yakin dengan perintah Rasulullah saw dan mula "menyimpan" emas dan perak, keyakinan mereka terhadap suruhan Rasullullah saw ini, meningkat hari demi hari selari dengan perkembangan semasa dunia.
Dunia semakin menuju kepada kemusnahan... Masyarakat barat yang dahulunya cukup berbangga dengan kedudukan ekonomi berasaskan "matawang fiat" mereka, telah terperangkap dalam tipu daya mereka sendiri. Hutang Negara Amerika Syarikat sebagai contohnya telah meningkat kepada USD14,641,438 juta dan sudah tidak dapat lagi dibendung, hinggakan setiap bayi yang dilahirkan di negara berkenaan telah pun dibebankan dengan hutang negara berjumlah USD46,919 (Rujuk http://www.usdebtclock.org/). Ekonomi berasaskan "wang fiat" ini juga meyumbang kepada berlakunya kenaikan harga barang sehingga menyebabkan wujudnya jurang perbezaan yang ketara di dalam struktur ekonomi masyarakat. Hari ini kita dapat lihat bagaimana berlakunya rusuhan di negara- negara maju yang kononnya kaya dengan peradaban, apabila masyarakat bangkit untuk menyatakan mereka ditindas dan sukar untuk meneruskan kehidupan.
Islam sememangnya menolak perlaksanaan "matawang fiat" dalam masyarakat, penerimaannya oleh masyarakat Islam secara keseluruhannya hanya disebabkan oleh kita "dipaksakan". Alhamdulillah... pada hari ini, telah ramai cendekiawan² Islam yang berani untuk menyatakan "kebenaran". Usaha dakwah ini perlu diperhebatkan dan mana² pihak yang tidak senang dengan situasi ini perlu mengambil sikap berlapang dada demi mengelak kepada belakunya perpecahan dalam masyarakat. Semoga usaha ini mendapat rahmat daripada ALLAH dan sistem ekonomi Islam dapat dimertabatkan.