Teringat balik iklan Persada Emas (gambar atas) sebelum ini... Bila tengok iklan ni, ramai yang tak percaya... Tak kurang jugak yang penuh dengan syak wasangka... Lagi teruk, ada yang kata, ini satu skim cepat kaya... Nak gelak, takut kecik hati pulak... gelak dalam hati dah lerr...
Nak menyedarkan masyarakat tentang Emas dan Perak bukan satu kerja mudah... Walaupun Emas dan Perak merupakan harta umat islam yang ditetapkan Allah (melalui kewajipan zakat), masih ramai diluar sana yang mengkagumi wang kertas... Simpan Emas @ Perak takut kena curi... macamlah kita tak pernah simpan benda lain yang mahal.... memang minda kita, awal² lagi telah dibasuh puak² yahudi...
Persada Emas tak mahu ulas panjang... mungkin lain kali, dalam lain artikel... Apa yang Persada Emas mahu bangkitkan di sini adalah di saat kita masih berkira², yang lepas telah pun berlalu dan tersimpan rapi dalam lipatan sejarah...
Untuk merasa manisnya buah, kita perlu menanam benih...